Make your own free website on Tripod.com

Home

OBJEKTIF
AHLI KUMPULAN
FIBER OPTIK
OBJEKTIF
PENGENALAN
PERBEZAAN DENGAN SISTEM KABEL BIASA
REKABENTUK KABEL GENTIAN OPTIK
CARA GELOMBANG CAHAYA MERAMBAT
JENIS-JENIS GENTIAN OPTIK
RAGAM
KESIMPULAN
FIBER OPTIC
REKABENTUK KABEL GENTIAN OPTIK

 

REKABENTUK KABEL GENTIAN OPTIK

 

 

Kabel gentian optic merupakan paip cahaya yang digunakan untuk membawa gelombang cahaya. Ia dibina berbentuk seutas kaca atau plastik yang panjang dan halus. Salah satu jenis kaca yang digunakan ialah silica. Kabel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Binaannya menggunakan kaca yang jauh lebih bauk berbanding  plastik. Namun begitu kaca mempunyai kos yang lebih tinggi dan mudah pecah manakala plastik mempunyai kos yang lebih murah dan lebih fleksibel. Bagi penghantaran jarak jauh,gentian kaca lebih diutamakan tetapi untuk penghantaran jarak dekat, gentian plastik lebih praktikal. Rajah dibawah menunjukkan rekabentuk gentian optik.

Gentian (teras) dikelilingi oleh perlindung. Perlindung juga diperbuat daripada kaca atau plastic tetapi mempunyai indeks biasan yang lebih rendah. Ini juga bertujuan untuk memastikan antara muka yang sesuai dicapai dan gelombang cahaya kekal melalui teras. Selain itu, pelindungan juga bertujuan untuk menambahkan ketahanan teras gentian. Teras gentian kaca dilindungi dengan perlindung kaca dan teras gentian plastic dilindungi dengan perlindung plastic. Kabel ini dipanggil kabel PCS (PLASTIC CLAD SILICA). Pembalut yang digunakan adalah plastic yang berfungsi sebagai penebat luaran.

Kabel gentian optic mempunyai keratan rentas yang bulat dengan diameter kurang seinci. Sesetengah gentian optic mempunyai saiz dimeter seperti sehelai rambut manusia. Sumber cahaya diletakkan  dihujung gentian dan cahaya dipancarkan melalui gentian dan keluar melalui hujung kabel yang satu lagi. Cara cahaya merambat melalui gentian bergantung kepada hukum optic.