Make your own free website on Tripod.com

Home

OBJEKTIF
AHLI KUMPULAN
FIBER OPTIK
OBJEKTIF
PENGENALAN
PERBEZAAN DENGAN SISTEM KABEL BIASA
REKABENTUK KABEL GENTIAN OPTIK
CARA GELOMBANG CAHAYA MERAMBAT
JENIS-JENIS GENTIAN OPTIK
RAGAM
KESIMPULAN
FIBER OPTIC
CARA GELOMBANG CAHAYA MERAMBAT

CARA GELOMBANG CAHAYA MERAMBAT

 

 

 

 

Gelombang cahaya yang merambat melalui gentian optic dengan cara pembiasan dan pantulan. Rajah dibawah menunjukkan corak perambatan gelombang cahaya. Alur cahaya difokuskan pada hujung kabel. Kedudukan alur cahaya ini menghasilkan laluan dan sudut berbeza bagi alur electron masuk melalui gentian.

                               

Sinar cahaya A yang masuk ke kabel berserenjang dengan permukaan hujung kabel. Jadi alur cahaya  A bergerak melalui kabel dalam bentuk garis lurus dan keluar melalui hujung kabel yang satu lagi. Sinar cahaya B melalui kabel gentian dengan sudut tuju kurang daripada genting. Oleh itu pembiasan berlaku jadi

 

gelombang cahaya yang bergerak melalui gentian akan keluar ke ruang  bebas melalui pinggir kabel.

 

Sinar cahaya C dan D pula mempunyai sudut tuju yang lebih besar daraipada sudut genting, maka pemantulan berlaku. Alur cahaya akan terpantul pada permukaan kabel dan bergerak kehadapan semula. Alur cahaya ini akan terpatul semula setiap kali bertemu dengan permukaan kabel sehinggalah ianya keluar melalui hujung kabel yang satu lagi. Pantulan alur cahaya ini mempunyai sudut tuju yang sama dengan sudut pantulan.

Sinar cahaya yang masuk ke gentian  pada sudut berlainan dengan sinar cahaya yang lain akan mengambil laluan berbeza melalui kabel. Keadaan ini menyebabkan berlakunya perbezaan sepanjang laluan yang diambil oleh alur cahaya bergerak keluar melalui gentian. Hasilnya ada alur cahaya akan keluar lebih awal dan ada yang akan keluar lebih lambat.